Saturday 26 January 2013

Puding Roti Pelangi







* 4 keping roti
* 2 biji telur
* 1/2 cawan susu pekat
* 170ml susu cair
* 8gm serbuk agar2 (1 sudu besar)
* 1/2 cawan gula
* 2 sb butter/marjerin dicairkan
* 3 1/2 cawan air (guna cwn biasa 230ml)
* pewarna merah, hijau dan kuning (terpulang nak letak warna apa2)

Cara membuatnya:

  1. Didihkan 3 cwn air, serbuk agar2 dan gula kedalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan kedalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih..matikan api.
  4. Bahagikan kepada 3 bhgn, satu bahagian warna kuning, satu bahagian warna hijau dan satu bahagian lagi warna merah.
  5. Kacau cepat2 dan sebati,pastikan setiap adunan sekata.
  6. Tuang kedalam loyang secara berselang seli...sesenduk demi sesenduk, sesenduk warna kuning, sesenduk warna hijau dan sesenduk warna merah, ulang sehingga habis..(ketika melapis hendaklah dgn cepat sbb puding nie, mudah sejuk dan membeku...
  7. Bila siap, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam dan enak dimakan ketika sejuk. 

Crepe Durian





Bahan2 crepe:-

250g gandum
3 bj telur
500ml santan
1 sudu teh esen pandan
1 sudu teh pewarna hijau atau kuning

Cara2:
1. Satukan semua bahan dlm bekas dan kacau.
2. Masukkan dalam blender dan blend. Kemudian tapis.
3. Sediakan kuali leper non stick.
4. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak.
5. Tuang 1 senduk kecil dan masak crepe. X perlu di terbalikkan.
6. Buat sampai habis adunan.

Bahan2 filling:
Isi durian secukupnya
1 cawan non dairy whippg cream

Cara2:
1. Pukul whippg cream dlm mixer hingga kental.
2. Asingkan isi durian dgn biji. Lumatkan sidikit.

Cara2 bungkus crepe:
1. Bentangkan 1 keping crepe.
2. Letakkan whipping cream.
3. Letakkan isi durian.
4. Kemudian tutup semula dgn whipping cream.
5. Lipat crepe. Dan sejukkan dalam peti sejuk sekejap.

Pavlova





4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.

Apam Polkadot





Bahan-bahan:

3 biji telur - diambil dari peti sejuk

1 cawan gula halus

2 1/2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil ovalette

3 sudu kecil baking powder

150 gm susu segar

Jem blueberry atau lain-lain (ikut suka)

Pewarna


Cara membuat:

1. Campurkan semua bahan ke dalam mixer dan pukul dengan kelajuan maksima selama 6 hingga 8 minit (aku takde mixer, so anggap la tanganku ini adalah sebuah mixer...letih wehh).

2. Bahagi kepada beberapa warna pilihan mengikut kreativiti masing-masing.

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam acuan.

5. Picitkan filling secukupnya.

6. Picitkan lagi adunan sehingga 3/4 penuh.

7. Dot-dotkan dengan warna yang berlainan.

8. Kukus di dalam pengukus yang telah dipanaskan dengan api sederhana selama 10-15 mint. Pastikan penutup pengukus tu dibalut dengan kain untuk mengelakkan air wap jatuh ke atas apam dan mencacatkan rupa paras apam.

Cream Puff




Bahan-bahan :
(dapat menghasilkan 20 - 30 biji puff, bergantung kpd saiz...)

200 ml air
90 gm butter
120 gm tepung
4 biji telur dipukul dgn garfu sebentar.

Cara-caranya :

1. Oven dipanaskan dgn suhu 200 C.

2. Panaskan air + butter hingga mendidih.

3. Matikan api dan masukkan tepung, kacau hingga sebati.

4. Panaskan semula hingga tepung kelihatan kepingan nipis ditepi periuk. (kalau pakai periuk non stick, tak nampak..., so agak2 je la ye...)

5. Angkat periuk drp api, masukkan telur dan dikacau segera hingga sebati...

6. Masukkan dalam piping bag dan paipkan btk bulat berbunga, di atas loyang yg dilapik parcment paper.


7. Bakar dalam oven 200 C utk 15 minit pertama. Turunkan suhu ke 170 C selama 20 minit lagi atau hingga kekuningan. Kalau masih tak rata kuningnya, off kan oven dan biarkan puff dlm oven hingga rata kuningnya.



Cream Custard

Bahan-bahan :

2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung jagung
2 cawan susu
8 sudu gula
2 biji telur
2 sudu butter
sedikit pewarna dan esen vanilla

Cara membuat :

Masukkan sedikit susu dan kacau tepung hingga rata dan tiada berbintil. + baki susu dan bahan2 lain.
Masak atas api sederhana hingga pekat.
Jgn biar terlalu kental, kerana bila dah sejuk custard akan jadi lebih kental.
Sejukkan.
Belah Puff tadi dan sapukan custard atau gunakan nozzle dan dipaip ke dalam puff...


Kuih Bakar




Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
3 cawan jus pandan [ 10 helai daun pandan blend]
3 biji telur B
1 cawan gula pasir
2 s/b majerin
1 s/k garam
1/2 s/k pewarna hijau

Bijan goreng tanpa minyak

Cara
1. Panaskan oven 180'C selama 15 minit. Gunakan api atas dan bawah.
2. Gaulkan semua bahan supaya sebati. Tapiskan. ~ [kakliza gunakan blender ]
3. Tuangkan dalam loyang 8 x 8 yg telah disapukan minyak.
4. Bakar selama 1 jam tapi setelah 30 minit taburkan bijan dan teruskan bakar lagi.
5. Sejukkan dan potong. Hidangkan.

Puteri Mandi




Bahan

2 cawan tepung pulut [ayakkan]
air daun pandan
1 s/t air kapur
1/2 biji kelapa muda [parut]
1/2 cawan gula perang
gula pasir secukup manis
daun pandan disimpulkan
pewarna hijau dan merah
air secukupnya
garam

Cara
1. Ambil 1 cawan tepung pulut dan dibancuhkan dengan air daun pandan, air kapur, garam dan warna hijau.
2. Buatkan saperti doh onde-onde.
3. Sediakan periuk berisi air dan simpulan daun pandan. Masakkan sehingga mendidih.
4. Buatkan sebola kecil dan penyetkan ditengahnya supaya leper [tujuan cepat masak]
5. Masukkan bebola kecil dalam periuk berisi air pans dan bairkan ia timbul.
6. Bila sudah timbul, angkat dan masukkan dalam mangkuk yg berisi air [supaya bebola tidak melekat sesama sendiri]
7. Ambil lagi 1 cawan tepung pulut dan bancuhkan dengan air, garam, air kapur dan pewarna merah.
8. Ulang proses [2] sehingga [6].
9. Dalam periuk lain masukkan 1/2 cawan air, gula perang, gula pasir dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
10. Masukkan kelapa muda dan bebola kecil tadi.
11. Kacau rata dan boleh hidangkan.

Roti Jala




ROTI JALA

Bahan

2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b susu cair
2 cawan air
garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam blender dan mesinkan. Tapiskan dalam mangkuk.
2. Pansakan kuali non-stik dan tebarkan adunan menggunakan acuan roti jala.
3. Bila sudah masak boleh lipat atau gulong.
4. Hidangkan dengan gulai ayam.

Sagu Bronok




Bahan-Bahannya:
1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula
1/2 biji kelapa parut [muda] ]
sedikit garam ] gaulkan rata
pewarna merah
daun pandan [simpulkan]

Cara
1. Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya.
2. Masakkan gula dan daun pandan dengan air hingga hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.
3. Masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang.
4. Bila sagu kembang angkat dan masukkan dalam loyang. Sejukkan
5. Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan garam.
6. Hidangkan.

Lepat Pisang




Bahan
2 cawan pisang emas/berangan/montel lecek
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung susu
2 s/b gula
garam
daun pisang [layukan daun dan potong saiz 6 inci X 6 inci]

Cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati.
2. Letakkan dalam sesudu diatas daun pisang. Lipatkan.
3. Kukuskan selama 15 minit.
4. Sejukkan dan hidangkan.

Pau Ayam




bahan.

500 gm tepung pau atau tepung gandum
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k garam
1 s/b gula
2 s/k yeart mauripan
2 s/b shorterning
250 gm air suam

Cara
1. Gaul rata semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
3. Uli sehingga licin[tak lekat ditangan]
4. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.
5. Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
6. Bulatkan dan lmasukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang merah/kaya/kelapa/daging].
7. Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas.
8. Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
9. Panaskan kukusan.
10. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.
11. Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.
12. Siap untuk dimakan


Inti Ayam

Bahan

300 gm isi ayam [potong dadu kecil]
3 biji kentang [dadu kecil]
1 batang lobak merah kecil [potong dadu kecil]
2 s/b serbuk kari ayam
1 cawan air
garam
gula
daun sup [racik kasar]

Bahan tumis
minyak
1 ulas bawang putih [hiris]
3 ulas bawang merah [hiris]

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air, isi ayam dan kacau rata.
3. Masukkan kentang, carrot, garam dan air.
4. Biarkan mendih dan pekat.
5. Bila telah lembut dan pekat boleh masukkan inti dalam mangkuk.

Tepung Pelita




TEPUNG PELITA

Bahan-bahan A disatukan- lapisan bawah

1 cawan tepung beras
sedikit air kapur
7 helai daun pandan, kisar dan ambil airnya anggaran 3 cawan

Bahan B : disatukan - lapisan atas..
3 cawan santan pekat
1 senduk tepung beras
secubit garam

Bahan C
Gula pasir secukupnya
Daun pisang secukupnya, dibuat bakul

Cara
1. Didihkan air untuk mengukus. Bubuh 1 sudu gula atau lebih (ikut manis yang dikehendaki) dalam setiap bakul daun pisang.
2. Kemudian masukkan adunan A agak-agak ½ atau ¾ bakul. Kukus sehingga masak.
3. Masakan bahan B anggaran panas. Kemudian masukkan hingga penuh bakul.
4. Kemudian kukus lagi hingga lapisan atasnya masak. Untuk memastikan kuih betul-betul masak, cucuk dengan garpu atau lidi. Kalau tak melekat, masaklah tu..
5. Sejukkan betui2 baru makan dengan sudu kecil.

NOTA.
Kalau sejukkan dalam peti ais lagi sedap.
jika tak der daun pisang boleh gunakan mangkuk kecil..

Popia Goreng





Bahan
kulit popiah ready made secukupnya
minyak untuk menggoreng
1 s/b tepung gandum + 3 s/b air dibancuh sebagai gam kulit popiah

Bahan Inti
10 batang crap stik [hiris nipis
1 batang carrot kecil [sagar/potong halus ]
1 mangkuk kobis [racik halus]
5 batang kacang panjang [potong halus]
1 tangkai cili merah [hiris halus]
1 labu bawang besar [racik]
1 ulas bawang besar
1 s/b minyak
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan crap stik dan carrot, Kacau rata.
3. Masukka kobis, kacang dan garam. Kacau rata.
4. Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan supaya kuahnya turun kedalam mangkuk.
5. Bubuh inti popiah ditengah kulit popiah dan gulungkan sehingga hujung saperti gulungan kueh gulung atau ketayap.
6. gamkan hunung dengan bancuhan tepung tadi.
7. gorengakna dalam minyak yg banyak dan sederhana panas.
8. Bila telah kekuningan boleh angkat dan toskan minyak.
9. Hidangkan dengan kuah cili sos.

KUAH CILI SOS

Bahan

7 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
2 s/b cili sos
3 s/n tomato sos
2 s/b cuka
1 cawan air
3 s/b gula
garam

Cara
1. Mesinkan semua bahan.
2. Masakkan sebentar sehingga mendideh
3. Masukkan bancuhan tepung ajgung dan kacau sehingga mendideh lagi sekali.
4 Hidangkan dengan popiah goreng atau jejemput udang.

Talam Kacang Merah




Lapisan bawah - kacang merah

1 tin kacang merah [425 gm][mesin halus sikit]
225 g tepung beras
50 g tepung kanji
150 g gula
700 ml santan cair + sikit garam
pewarna merah

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang merah dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan kacang merah yg dimesin dan kacau rata.
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas - santan
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat + garam sikit

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan.
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang merah tad.
3. Kukus lagi selama 25 minit.
4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.


Pulut Inti Durian




Bahan Pulut
3 cawan pulut [basuh dan rendamkan]
3 1/2 cawan santan
sedikit garam

Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukus selama 30 minit.


Inti Manis Durian
1/2 biji kelapa muda [parut]
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan air
3 ulas durian

2 helai daun pandan [simpulkan]

Masukkan semua bahan dalam kuali [kalau boleh..gunakan kuali non-stik] dan masakkan sehingga inti agak kering.

Cara.
1. Ambil sedikit inti dan tekan dalam acuan kecil.
2. Ambil pulut dan tekan dalam acuan yg berisi inti.
3. Terbalikkan dalam pinggan.
4. Hidangkan.

Karipap Posing




Bahan kulit A
350 gm tepung gandum
1 cawan air suam + sikit garam

Bahan kulit B
150 gm tepung gandum
1 s/k lemak spry [crisco]
majerin ikut lembut

Cara
1. Gaulkan dan uli bahan A sehingga kental dan tidak melekat ditangan. Bahagikan kepada 5 bebola kecil. Ketepikan.

2. Gaul dan ulikan bahan B sehingga menjadi ketul yg lembut. Bahagikan juga kepada 5 bebola kecil juga.

3. Ambil bebola A dan leperkan. Ambil bebola B dan masukkan kedalam bebola A. dan ulangkan sampai semua bebola habis.

4. Canai dan leperkan secara memanjang bebola tadi. Gulungkan adunan saperti gulungan tikar. Canai dan leperkan sekali lagi. Gulungkan sekali lagi.
Buat kesemua bebola sehingga habis.

5. Ambil satu gulungan dan hiris setebal 1/2 inci dan canai supaya leper tetapi dalam bentuk bujur.

6. Masukkan inti di tengah dan tutupkan semula. Kemaskan dengan kelim dengan kemas. Tekan kuat sikit dengan hunujg jari supaya tidak mudah terbuka bila digoreng. Buat sehingga adunan habis.

7. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan dengan api yg sederhana. Bila nampak kuning keemasan boleh angkat dan hidangkan.

Bahan Inti.
1 cawan isi ayam atau daging [hiris kecil]
1 labu bawang besar [potong dadu]
2 ulas bawang putih [cincang]
500 gm ubi kentang [potong dadu]
1 s/b rempah kari daging [bancuh dgn sikit air]
1 cawan air
garam
gula
daun kari
minyak untuk tumis

Cara masak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan rempah kari dan biarkan sehingga garing.
3. Masukkan isi ayam atau daging, kentang, garam, sedikit gula dan air.
4. Masakkan sehingga kentang empok dan air kering.
5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan.

Lompat Tikam




Bahan Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
3 cawan santan cair
1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
1 s/k air kapur
secubit garam

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang.
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
3. Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
4. Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kueh supaya memudahkan bahagian lapisan santan melekat.


Bahan Lapisan Putih
1.5 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
4 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Campurkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan bahan kueh ini sekejap diatas api.
3. Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.
4. Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan
5. Bila dah sejuk potong kueh dan hidangkan dengan air gula merah.

Air Gula Merah
Bahan

1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan [ koyakkan]

Cara
1. Masakkan semua abhan sehingga mendideh.
2. Tapiskan dan hidangkan bersama kueh lompat tikam.