Bahan-bahan:
3 biji telur - diambil dari peti sejuk
1 cawan gula halus
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil ovalette
3 sudu kecil baking powder
150 gm susu segar
Jem blueberry atau lain-lain (ikut suka)
Pewarna
Cara membuat:
1.
Campurkan semua bahan ke dalam mixer dan pukul dengan kelajuan maksima
selama 6 hingga 8 minit (aku takde mixer, so anggap la tanganku ini
adalah sebuah mixer...letih wehh).
2. Bahagi kepada beberapa warna pilihan mengikut kreativiti masing-masing.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam acuan.
5. Picitkan filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan sehingga 3/4 penuh.
7. Dot-dotkan dengan warna yang berlainan.
8.
Kukus di dalam pengukus yang telah dipanaskan dengan api sederhana
selama 10-15 mint. Pastikan penutup pengukus tu dibalut dengan kain
untuk mengelakkan air wap jatuh ke atas apam dan mencacatkan rupa paras
apam.
No comments:
Post a Comment